![]() |
IGP arah tahan ‘penyokong BN’ naikkan posting menghasut |
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
mengarahkan supaya seorang pengguna Facebook ditahan berhubung posting yang
didakwa berunsur hasutan berkaitan dengan satu akuan berkanun (SD).
“Kesan dan tahan penama di bawah ini kerana
menghasut,” katanya dalam tweet kepada pegawainya bersama imej posting
tersebut.
Posting Facebook oleh Faisal Rohban itu menyebut
tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Sri
Rosmah Mansor memetik Malaysiakini.
Posting Faisal sebelum ini, bagaimanapun,
menunjukkan bahawa dia adalah penyokong BN dan akaunnya turut memaparkan gambar
perdana menteri.
Ketika ditanya sama ada posting itu bertujuan
sebagai satu bentuk sindiran, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa kes ini
tidak terkecuali.
IGP menegaskan bahawa tidak kira siapa yang
disokong, dia perlu berhati-hati dengan apa yang dikatakan dalam media sosial
kerana ia memberi ruang kepada pelbagai tafsiran.
Katanya, mereka mesti bertanggungjawab dengan apa
yang mereka siarkan secara umum dan kes ini tidak terkecuali.
Dalam posting seterusnya, Faisal memohon maaf, dan
berkata kenyataan awal beliau mungkin mengelirukan dan disalah
faham.
0 Response to ""SEJAK JADI TPM HINGGA KE PM, KERJA NAJIB & ROSMAH BUNUH ORANG JE""
Post a Comment