
PUTRAJAYA – Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) akan menjalankan kajian dalam aspek kesihatan dan sosial
sebelum membuat keputusan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di
universiti.
Menterinya, Datuk Seri
Idris Jusoh berkata, kajian itu perlu dilakukan agar perbezaan pendapat
mengenainya dapat diselesaikan bagi memastikan keputusan yang dibuat diterima
semua pihak.
Beliau berkata, untuk
tujuan itu, kementerian melalui Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjalankan
kajian menyeluruh mengenai amalan vape yang dilihat menjadi budaya baharu dalam
kalangan pelajar universiti.
“Hasil kajian yang dijangka
mengambil masa enam bulan itu akan turut digabungkan dengan kajian yang
dilakukan Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum dibentangkan kepada Kabinet
untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum dan
Persidangan Meja Bulat Pemimpin Muda Jaminan Kualiti ASEAN di sini
semalam.
Kosmo! pada Selasa lalu,
melaporkan mengenai kehadiran cecair perisa vape mengandungi dadah jenis ganja
selepas sampel diuji di makmal Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur
(Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
Mengulas lanjut, Idris
berkata, pihak universiti bagaimanapun dibenarkan membuat keputusan untuk
mengharamkan vape di institusi pengajian masing-masing sebagaimana pengharaman
rokok yang dikuatkuasakan di beberapa universiti, antaranya di USM yang
menggariskan dasar kampus hijau yang diamalkan.
Kosmo
Online
0 Response to "Vape Diharamkan Di Universiti"
Post a Comment