
LIMPOPO, Afrika
Selatan – Seekor harimau bintang yang lapar menerima padah ketika cuba menerkam
seekor landak selepas badannya dipenuhi dengan duri haiwan itu baru-baru
ini.
Jurugambar, Helgard
de Villiers yang merakamkan kejadian itu ketika mengunjungi Taman Negara Kruger,
Afrika Selatan berkata, kedua-dua haiwan itu seakan-akan terlibat dalam satu
pergaduhan hebat di sebalik semak sebelum harimau bintang berkenaan muncul
dengan kesan luka pada badannya.
“Saya lihat harimau
bintang itu mendekati sesuatu di sebalik semak dan ia kelihatan berwaspada
dengan haiwan di hadapannya,” ujar de Villiers.
Harimau berkenaan
menerkam dua ekor landak dan berjaya menangkap seekor landak yang lebih besar
menggunakan kukunya.
Bagaimanapun, harimau
bintang itu gagal dalam pemburuannya dan keluar dari semak dengan kesan
kecederaan selain memerlukan masa lebih satu jam untuk menanggalkan duri landak
tersebut daripada badannya. – Agensi/Kosmo
0 Response to "Badan Harimau Bintang Kelaparan Dipenuhi Duri Landak"
Post a Comment