Melihatkan perkara yang terjadi pada Ayda Jebat ini, ada eloknya jika barisan
selebriti lain lebih berjaga-jaga dengan laman sosial mereka. Bagi pelakon dan
penyanyi ini, akaun Instagramnya yang digodam membuatkan dirinya sedih dan
terkilan.
“Saya rasa sangat sedih kerana akaun Instagram saya digodam. Rasa macam nak
nangis. Saya memang aktif menggunakan Instagram sebagai medium untuk berhubung
dengan peminat-peminat saya”
“Saya juga selalu berbalas-balas komen di
laman Instagram dan mengemaskini aktiviti harian saya bersama peminat. Apabila
perkara ini terjadi, saya rasa sangat terkilan,” jelas Ayda kepada portal
Murai.
Menggunakan laman sosial tersebut untuk berkomunikasi bersama peminatnya,
Ayda juga mengingatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran iPhone 6S percuma
yang dipaparkan di laman Instagram miliknya itu kerana perkara tersebut adalah
helah daripada pihak penggodam.
Sebelum ini, Sharnaaz juga turut menjadi mangsa penggodam selain turut
mengakui melaluiMelodi bahawa password yang digunakan adalah lemah dan mudah
untuk diteka. Pesanan untuk anda juga, buatlah password yang payah-payah
sikit.
Sumber: Rotikaya







0 Response to "7 Foto terbaru Ayda Jebat yang semakin jelita"
Post a Comment