Pelakon
Nur Fazura Sharifuddin dijangka akan mengadakan pertemuan empat mata dengan
pemilik akaun Instagram @vii.narza pada Jumaat.
Menurut
sumber terdekat dengan pelakon popular itu, pertemuan itu diadakan adalah untuk
menjernihkan keadaan atas kontroversi yang berlaku pada Rabu.
Sejak
semalam, ruang maya media sosial menjadi hangat apabila pelakon filem Gol &
Gincu itu telah mengkritik secara terbuka komen @vii.narza hanya kerana tersalah
sangka dengan maksud yang ingin disampaikan lapor Astro Awani.

Tindakan
itu telah mengundang kritikan pengguna media sosial hingga menjadi topik
perbualan utama di laman sosial Twitter hingga ke hari ini.
Akibat
salah faham itu, pengguna media sosial menyarankan supaya Fazura memohon maaf
kepada peminat tersebut susulan tindakannya yang memalukan peminat itu di
khalayak ramai.
Fazura
kini berada di Singapura untuk menghadiri acara Asian TV Awards 2015 yang
berlangsung di sana.
Kontroversi
tersebut turut menarik perhatian budayawan Profesor Dr Siti Zainon Ismail yang
menyifatkan isu seperti ini akan menjadi besar jika ada kekeliruan akibat salah
tafsir sehingga menimbulkan persepsi negatif terutamanya di media sosial.
“Penggunaan
medium media sosial dalam menegur atau memuji boleh menjadi salah faham jika ia
tidak dilakukan dengan penuh kesopanan.
“Jangan
perli dengan kasar, kita jangan mengusik orang dengan tulisan yang boleh
menjadikan salah faham. Paling mudah jika ada pujian atau teguran, sampaikan
mesej itu secara peribadi sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.
Diharapkan
dengan pertemuan empat mata itu akan dapat memulihkan imej kedua-dua belah pihak
yang telah tercalar akibat kontroversi tersebut.
Usaha
menghubungi kedua-dua pihak masih belum berhasil.
0 Response to "ISU KIMK, FAZURA AKAN BERTEMU VII.NARZA"
Post a Comment