
PENTAS
Gegarvaganza sudah terbukti boleh menaikkan kembali nama penyanyi yang
sudah lama tidak bergiat aktif dalam bidang seni nyanyian.
Antara nama yang kembali
mengamit perhatian peminat dalamGegarvaganza 2 (GV2) ialah Siti
Nordiana, Faradhiya dan Haiza.
Persembahan bertenaga dalam
program itu ternyata berjaya membuka mata ramai orang di luar sana yang sebelum
ini tidak berapa perasan kehebatan vokal yang dimiliki mereka.
Bukan sahaja berjaya
menarik kembali perhatian peminat, rupa-rupanya ada seorang artis lelaki yang
sudah berkahwin juga dikatakan cuba ‘mengorat’ Haiza apabila namanya kini
semakin meningkat naik.
Buat anda yang kurang
mengenali sisi peribadi figura genit ini, Haiza sebenarnya sudah berumahtangga
dan mempunyai seorang cahaya mata.
Memetik kenyataannya
dalam Mangga Online baru-baru ini, Haiza berkata, “Peminat yang mungkin
tidak kenal saya sebelum ini menghantar pesanan dan mereka sangkakan saya belum
berkahwin. Malah ada yang kata saya seorang janda kerana mereka tidak tahu siapa
suami saya.
“Ada juga seorang artis
lelaki yang sudah lama tidak berhubung dengan saya, tiba-tiba menghantar mesej.
Katanya peminat saya. Dia seorang artis lelaki yang sudah pun
berkahwin.
“Selain itu, ada juga
rakan-rakan yang selama ini memandang rendah sudah mula melihat kemampuan
sebenar saya,” katanya.
Walaupun karier seninya
kini berada di puncak, namun Haiza tidak akan sesekali mempersia-siakan
kepercayaan yang diberikan suaminya, Norhanapfe Omar.
Semoga Haiza terus sukses
dalam kerjaya seninya dan kembali mengegarkan industri seni suara selepas
berakhirnya GV2 nanti.
Mynewshub.cc
0 Response to "PANAS - Suami Orang Cuba Ngorak Haiza (GegarVaganza2) ?"
Post a Comment