Assalamualaikum. Aku ina.
Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun. Punca
aku cerai sebab bekas suami aku curang. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress
tengok aku yang pemalas.
Tak jalankan
tanggungjawab. Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan
dengan bini macam aku ? Bayangkan masa anak dara. Bangun tido lambat, masak tak
reti, kerja tengok korea, main handphone je.
Kemas rumah jarang2
sekali. Kerja melepak. Masa bercinta. Memang seronoklah. Sweet2 je.
Jumpa…Dating…Mesej2 fon. Kita nampak tu adalah lakonan. Bila dah kahwin. Episod
yang bermula adalah tanggungjawab. Masa mula2 kahwin, bolehlah aku hipokrit.
Rajin masa 2, 3 hari.
Sebab menjadi pemalas dah
jadi satu kebiasaan kan. So lama2 habit lama tu terserlah lepas kahwin. Mungkin
kat situ suami aku stress, baik bela biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia
cari perempuan lain. Katanya lebih matang. Bertanggungjawab.
Dulu, aku nak sangat
kahwin sebab masa bercinta sweet2. Ingat kawin nak halalkan hubungan. Betul kata
tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kahwin kalau setakat nak
‘halalkan’ tak cukup.
Perkara pertama mesti
kerana Allah dan kena tau kahwin adalah amanah. Pesan aku, buat wanita2 di luar
sana yang pemalas macam aku, berubahlah. Benda malas ni bukan boleh berubah
sekelip mata. Didiklah diri dari sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah
wanita yang serba boleh.
Bukan hidup hanya
bermalas2 malasan lepas tu bercinta tanpa fikir banyak tanggungjawab dalam hidup
in future. Plus, bila fikir balik, laki aku ceraikan aku sebab benda2 macam ni
padahal usia mahligai kami baru masuk setahun. Dah tak tahan.
Kesian mak ayah aku selama
ni bela aku yang pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yang
bertanggungjawab. Doakan aku kuat. Aku sayang dia. Tapi dia ada perempuan lain.
Doakan aku jumpa orang yang baik. Aku nak berubah.
Tapi aku nak berubah untuk
mak ayah dan Allah dulu. Kahwin? Nanti2lah buat masa sekarang. Aku nak kutip
ilmu dahulu supaya bila dah kawin nanti ada ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi
macam aku yang sebelum ini.
Buat lelaki. Kahwini
perempuan bukan sebab cantik je. Cantik tak reti buat kerja tak ada
makna.
Macam aku (eh cantik ke ?
Hehe) sebab tu orang zaman dulu kalau kawin dari A-Z dia siasat pasangan tu dari
jiran2 sebelah, kawan2, saudara mara. Bukan main sapu je nak kawin. Semoga
perkahwinan adalah satu ibadah. Bukan kerana nafsu. Kita nak melahirkan generasi
hebat. Kalau takda ilmu kawin, keluarlah generasi2 baru yang sampah macam aku
ni. – Ina
0 Response to ""AKU INA, AKU BARU BERCERAI TALAK SATU MINGGU LEPAS, AKU BARU JE BERUMUR 22 TAHUN""
Post a Comment