Menurut peguam yang mewakili syarikat berkenaan Adnan Seman, notis tuntutan telah dikeluarkan 12 Januari lalu bagi menuntut Azwan menarik semula kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.
“Pada 12 Januari kita sudah keluarkan satu surat tuntutan berkaitan kenyataan dikeluarkan oleh Azwan Ali melalui akaun Instagram ‘divaazwanavazz’.
“Tuntutan selama 14 hari ini secara ringkasnya pertama, untuk beliau mengeluarkan kenyataan mohon maaf secara bertulis kepada anak guam kami dan juga mengeluarkan satu akujanji untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun video yang tidak benar serta bersifat fitnah terhadap produk keluaran anak guam kami.
“Kita juga menuntut permohonan maaf secara bertulis yang disiarkan dalam satu akhbar tempatan. Beliau di Instagram memaklumkan menerima notis tuntutan dan nampaknya bersedia untuk disaman.
“Azwan ada masa sehingga 26 Januari ini, sekiranya tidak memenuhi tuntutan saya akan berbincang dengan anak guam sama ada ingin meneruskan saman atau tidak,” katanya dalam satu sidang media pada hari ini.
tirana
Sedutan babak iklan komersil kicap Tirana yang
dilakonkan Datuk Aznil Nawawi.
Pemilik bersama syarikat kicap tersebut Dr Hilmi Murad Mohamed berkata, tindakan Azwan memberikan impak yang buruk kepada syarikat dan mengharapkan selebriti terbabit menjernihkan kembali keadaan.
Beliau berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Azwan di laman Instagramnya itu melampau perkara itu hanya diketahui beliau selepas tiga hari iklan Kicap Tirana disiarkan di televisyen, hujung tahun lalu.
Click Here
“Komen-komen yang diberikan agak pedas dan melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk ada cara untuk tegur. Kita orang Melayu dan beragama Islam.. ada cara yang lebih beradab.
“Komen-komen sedemikian tidak mencerminkan peribadi dan imej yang baik seterusnya beri kesan buruk terhadap jenama. Kami tidak boleh terima,” katanya.
Hilmi turut menjelaskan, Datuk Aznil Nawawi bukanlah duta kepada produk berkenaan sebaliknya terlibat sebagai pelakon dalam iklan komersil sahaja.
“Dia bukan duta tapi terlibat dalam iklan, jadi untuk isu ini tiada perjumpaan dengan Pak Nil,” jelasnya.
Azwan menerusi laman Instagramnya sebelum ini, memuat naik komen dan video berunsur provokasi ke atas iklan Kicap Tirana yang ditayangkan di televisyen, menampilkan Aznil Nawawi.
Azwan turut mengajak pengikut Instragramnya bersama-sama mengutuk iklan tersebut dengan menawarkan rendang buatannya secara percuma.
0 Response to "Azwan Ali sanggup tawar rendang percuma untuk kutuk produk kicap Bumiputera"
Post a Comment