
HARIMAU
bintang dan buaya membaham bangkai kuda belang itu.
Massai
Mara (Kenya) – Seekor kuda belang berjaya melepaskan diri selepas dibaham seekor
buaya yang kelaparan, tetapi dibaham harimau bintang yang menunggu di tebing
sungai.
Nasib
kuda belang berkenaan berakhir dengan menjadi makanan untuk kedua-dua haiwan
pemangsa itu di taman negara di sini.
Gambar
kejadian itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar, Ingo Gerlach.
“Saya
melihat sekumpulan kuda belang bersiap sedia untuk menyeberang sungai. Ketika
itu, sungai berkenaan penuh dengan buaya.
Saya
pasti kuda belang berkenaan menyedari kehadiran ‘sang bedal’, tetapi terpaksa
menyeberanginya dengan berlari pantas.
“Bagaimanapun,
seekor daripadanya dibaham. Dia berjaya melepaskan diri, tetapi jatuh apabila
berada ditebing, mungkin kerana cedera,” kata Gerlach.
Menurut
jurugambar itu, ketika berada di tebing berbatu itu, seekor harimau bintang
jantan pula muncul.
“Kerana
cedera, kuda belang itu tidak berpeluang melarikan diri. Harimau itu menerkam
lehernya.
“Kuda
itu rebah. Buaya terbabit pula merangkak naik dan membaham belakang
mangsanya.
“Kedua-dua
haiwan itu berkongsi mangsa sebelum buaya itu berpatah balik ke sungai dan
harimau bintang itu ke gigi air untuk minum,” kata Gerlach.
– Agensi/myMetro Online
0 Response to "Harimau Bintang, Buaya Boleh Kongsi Makan"
Post a Comment