Sehingga ke saat ini,
Abang Nara masih suka untuk memahami mengapakah Faradhiya masih single, tidak
mempunyai kekasih, belum berkahwin, tak ada pakwe sehingga ke hari ini.
Faradhiya cun melecun kot. Sekali mata memandang, memang boleh terus jatuh
cinta. Tak masuk akal tiada lelaki yang mengorat Faradhiya. Namun itulah
kenyataannya. Di usia 31 tahun, Faradhiya masih solo.

Pengakuan daripada
Faradhiya ini pasti membuka mata para jejaka di luar sana. Mana tahu memang
jodoh anda dengan penyanyi bersuara lantang ini. Namun ada beberapa ciri yang
perlu anda penuhi. Paling penting, kena matang. Kata Faradhiya
Iya betul, saya masih
single saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat
masa ini. Rasanya ada segelintir lelaki yang dah naik menyampah nak ajak saya
keluar dating. Sebab saya sibuk sangat, hingga tiada masa untuk keluar
bersantai.
Nak serius berkawan dengan
saya, lelaki itulah kenalah bersabar dan berusaha kuat memahami kerjaya saya.
Lagipun saya mencari cinta yang matang daripada lelaki yang matang dalam segala
segi, bukannya cinta budak-budak.
Sekarang saya bukannya
perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya
tidak mahu cinta yang suka kontrol atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu
cinta buang masa

Rasa-rasa anda mampu
bercinta secara matang? Abang Nara suka dengan kriteria-kriteria percintaan yang
ditetapkan oleh Faradhiya. Tak perlu gayut lama-lama, tak perlu telefon setiap
masa. Yang penting kepercayaan dan keikhlasan hati. Ada berani? Apa pun, semoga
satu hari nanti, Faradhiya akan bertemu jua dengan lelaki yang mampu mencuri
hatinya. Sama-sama kita doakan.
0 Response to "MASIH TIADA SESIAPA YANG ISTIMEWA, FARADHIYA MENCARI CINTA YANG MATANG"
Post a Comment