
Baru berusia 14 tahun
namun Megan Stephens (bukan nama sebenar) yang berasal dari Britain, telah
menjadi pelacur ketika bercuti di Greece. Semuanya akibat jatuh cinta dengan
seorang lelaki Albania, dikenali sebagai Jak.

Lebih kejam, Megan dipaksa
meniduri 110 lelaki dalam masa 22 jam oleh Jak.
Megan yang kini berusia 25
tahun, memberitahu, selepas ibunya membenarkan dia menetap bersama Jak di
Athens, kehidupannya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas Jak menjualnya kepada
bapa ayam dikenali sebagai Leon.
Manakala ibunya pula
kembali semula ke Britain.
Sejak itu, dia terpaksa
menjual badan di rumah-rumah pelacuran serta jalanan.
Megan berjaya melarikan
diri pada 2009 selepas dimasukkan ke hospital kerana cuba membunuh diri. Dia
kini kembali menetap di Britain dan bertemu lelaki yang
mencintainya.
Namun Megan terpaksa
menyembunyikan identiti kerana bimbang diburu bapa ayam.
Penderitaan Megan itu
diceritakan dalam memoirnya bertajuk Bought & Sold.
Seperti mangsa lain, saya
selalu menyalahkan diri kerana terlalu bodoh tetapi saya bangkit semula, jelas
Megan yang turut memberitahu bahawa perceraian ibu bapanya menyebabkan dia
terdesak untuk mencari cinta dan ia menjadikan Megan sebagai sasaran mudah bagi
Jak.
0 Response to "PELAJAR 14 TAHUN DI PAKSA MENGAWAN 110 LELAKI DALAM MASA 22 JAM"
Post a Comment