Pengebom Berani Mati IS Belum Disahkan Rakyat Malaysia

Dua pengebom berani mati yang dilapor menyebabkan kematian lebih 30 orang di Syria dan Iraq belum lagi disahkan sebagai rakyat negara ini.

Pengebom Berani Mati IS Belum Disahkan Rakyat Malaysia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menunggu dokumen rasmi daripada pihak berkuasa di dua negara itu yang boleh mengesahkan dua lelaki berkenaan terbabit dalam insiden pengeboman berani mati itu adalah rakyat Malaysia.

“Kita tunggu laporan rasmi dan perincian mengenai dua pengebom berani mati itu. Dikatakan mereka itu adalah rakyat Malaysia tetapi mungkin identiti mereka digunakan oleh orang lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Khalid berkata, polis mempunyai maklumat mengenai rakyat negara ini yang terbabit dengan pengeboman berani mati, terutama mereka yang meninggalkan negara ini untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS)

“Kita tahu ada rakyat Malaysia di sana (Syria) dan kita dapat maklumat mereka terbabit dengan aktiviti pengeboman berani mati. Kita memantau mereka ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Khalid berkata, seorang remaja berumur 16 tahun ditahan di Sungai Petani malam tadi kerana disyaki dipengaruhi IS.
Katanya, remaja lelaki terbabit yang dipercayai terpengaruh dengan ideologi IS menerusi media sosial, bertindak memakai pakaian IS dan menahan seorang wanita dengan pisau.

Semalam, media melaporkan rakyat negara ini Mohd Amirul Ahmad Rahim meletupkan diri dalam pertempuran di Raqqa, Syria, manakala lima hari sebelum itu, seorang lagi rakyat Malaysia, Mohamad Syazwan Mohd Salim terbabit dalam pengeboman berani mati di Tikrit, Iraq

sumber
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/01/12/pengebom-berani-mati-is-belum-disahkan-rakyat-malaysia/

Related Posts :

0 Response to "Pengebom Berani Mati IS Belum Disahkan Rakyat Malaysia"

Post a Comment