Reaksi Jejai Selepas Menceraikan Fasha!" bukan kehendak saya menceraikan Fasha..."
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32,
memfailkan permohonan cerai pada Isnin lalu mengikut Seksyen 47 Akta
Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Sejurus selepas
selesai prosiding itu, Jejai yang ditemani adik iparnya dilihat menangis
meninggalkan mahkamah.
Kuala Lumpur: Perkahwinan hampir empat tahun
antara pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai berakhir
hari ini apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi
Syariah, di sini.
Jejai, 40, melafazkan cerai itu di hadapan Hakim Syarie
Muhamad Abdul Karim Wahab ketika prosiding kes berkenaan disebut di dalam
kamar.
Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua
orang anak, Putra Rayfal, tiga tahun dan Putri Raysha Jemaima,
setahun.
Sementara itu, Fasha berkata, perceraian itu adalah jalan yang
terbaik untuk kedua-dua keluarga.
"Saya sudah berusaha untuk
menyelamatkan perkahwinan ini. Saya reda dan akan meneruskan kehidupan bersama
dua anak saya," katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan.
-
See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108763#sthash.2l9oe90m.dpuf
Anuar Musa ganti Ahmad Maslan
KUALA
LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan
pelantikan Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar…Read More...
Sekolah mana lebih rasis?
Insiden
guru Melayu, Salina Daud, bertugas di SJKC Pai Chee, Mersing, yang ‘diserang’
oleh bapa murid ultra kiasu patut membuka mata…Read More...
0 Response to "Reaksi Jejai Selepas Menceraikan Fasha!" bukan kehendak saya menceraikan Fasha...""
0 Response to "Reaksi Jejai Selepas Menceraikan Fasha!" bukan kehendak saya menceraikan Fasha...""
Post a Comment