
Semalam satu video Arja
Lee yang sedang menimbang bole hanya memakai seluar dalam dimuat naik ke akaun
Instagram miliknya.
Meskipun pengurus Arja
telah tampil memberitahu akaun Instagram milik Arja digodam, masih ada lagi
pihak yang mempersoalkan mengapa video tersebut disimpan didalam telefon bimbit
Arja.
Namun, buat Arja beliau
sedikit tidak terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan
kepadanya.
Ketika ramai yang
mengkritik dan mencemuh, saya bersyukur ada juga yang menyokong kerana mereka
tahu saya bukan begitu. Saya menghadapi situasi ini dengan tenang tanpa sebarang
tekanan. Apatah lagi saya pernah berhadapan situasi lebih kurang sama ketika
membintangi filem Anu Dalam Botol (2011).

Jelas Arja, beliau tidak
pernah mencari publisiti murahan dan video berkenaan dirakam bagi menyahut
cabaran daripada rakan-rakannya.
Jika diikutkan, saya tidak
pernah memuat naik sebarang gambar atau video sekadar untuk mencari publisiti.
Video itu dirakam bagi menyahut cabaran rakan-rakan kerana tahu saya tidak boleh
bermain bola sepak. Kalau benar saya ingin mencari publisiti murahan, sudah lama
saya memuat naik gambar sebegitu.

Nampaknya, video berkenaan
pun sudah dipadam daripada Instagram beliau. Jadi Arja selepas ini harus lebih
berhati-hati dan tidak menyimpan gambar atau video tidak sepatutnya menjadi
tatapan umum.
0 Response to ""SAYA BUKAN CARI PUBLISITI MURAHAN, AKAUN INSTAGRAM SAYA DIGODAM!!" - ARJA LEE"
Post a Comment