
Simpati Miss A dengan nasib
yang menimpa Nur Fazura, kalaulah Miss A berada dalam situasi Fazura, Miss A pun
jadi malu.. Korang ingat lagi tak, tahun lepas Fazura ada rancangan realiti TV
mengenai dirinya.. Pastu dalam satu episod itu, dia telah dedahkan semasa
penggambaran filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’, dia dah Shaheizy Sam pernah
bercinta..
Tak lama lepas itu, Sam
tampil menafikan dakwaan Fazura.. Sam maklumkan dia hanya berkawan saja, tak
pernah pun bercinta.. Lepas kejadian itu, Fazura terus menghilangkan diri.. Tak
keluarkan apa-apa kenyataan.. Malu letteww..
Memandangkan 8 Februari ini
Sam bakal berkahwin dengan Syatilla Melvin.. Ramai peminat yang ingin tahu
reaksi Fazura bila dapat tahu berita ini.. Fazura tetap mantain ‘cool’, dia
mendoakan kebahagiaan Sam dan akan hadir ke majlis perkahwinan ‘bekas
kekasih’nya itu kalau dijemput.. Hahaha..
“Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam
dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu. Kalau dijemput, saya pergi untuk
sama-sama meraikan hari bahagia mereka. Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk
saya”
Fazura juga merasakan yang
memang dia dan Sam tak ada jodoh.. So, doakan saja pasangan yang bakal bernikah
itu bahagia.. Miss A rasa Fazura ni ada simpan perasaan cinta juga ini pada
Sam.. Tapi nak buat macam mana, cinta tak berbalas..
Sam kacak dan kaya kot, memang
menjadi kegilaan ramai wanita termasuklah Fazura.. Tapi, mungkin jodoh Fazura
sudah tertulis dengan orang lain.. Rakan seperjuangan sudah berkahwin, Fazura
bila lagi?
0 Response to ""SAYA BUKAN UNTUK DIA" - FAZURA DOAKAN KEBAHAGIAN SAM & SYATILLA MELVIN"
Post a Comment