Tempoh dua jam sudah cukup menjadi igauan ngeri
bagi seorang wanita Argentina yang ditinggalkan secara tidak sengaja oleh
suaminya di sebuah stesen minyak di Brazil ketika mereka bercuti di negara
ini.
Menurut portal The Telegraph, kejadian itu
berlaku di Passo Fundo, baru-baru ini ketika pasangan suami isteri yang hanya
dikenali sebagai Walter dan Claudia bersama anak lelaki mereka berusia 14 tahun,
singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak ketika menuju pulang ke
Argentina.
Sambil menunggu minyak diisi, Walter pergi ke
tandas tanpa men-yedari isterinya yang disangka sedang tidur, turut keluar
membeli makanan.
Wanita berusia 40 tahun itu terkedu apabila
menyedari ditinggalkan oleh suaminya.
Malah anaknya yang duduk di kerusi depan tidak
menyedari ‘kehilangan’ ibunya kerana leka bermain telefon bimbit dan Claudia
cuba menghubungi suaminya, tetapi gagal kerana liputan komunikasi yang kurang
baik.
Claudia meminta bantuan pekerja stesen minyak
sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk me-nunggu suaminya.
Sementara itu, Walter hanya menyedari isterinya
tiada di dalam kereta selepas memandu sejauh kira-kira 96 kilometer dan berpatah
semula ke stesen minyak terbabit.
Dia dimaklumkan oleh pekerja stesen minyak
untuk mengambil semula isterinya di balai polis dan Claudia yang tidak dapat
menahan kemarahan bertindak menendang kereta mereka.
Seorang anggota polis trafik yang enggan
dikenali berkata, wanita terbabit sangat marah dan meminta penjelasan Walter
yang mengambil masa lama untuk menyedari kehilangannya.
“Bagaimanapun tiada serangan fizikal, tetapi
dia sangat marah kepada suaminya,” kata polis itu.
0 Response to "Suami Terlupa Isteri"
Post a Comment