![]() |
Gambar dari Berita Harian |
ALOR SETAR - Seorang lelaki warga Bangladesh
5 cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat
ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah, di sini
semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia
40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu
hadapan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa.
Mangsa cuba
mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan suaminya berusia 62
tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di belakang
rumah.
Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk
membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar
dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.
Sewaktu
pergelutan, suami mangsa menetak lelaki tersebut pada bahagian kaki kanan dengan
menggunakan parang yang digunakan untuk mengupas kelapa.
Ketua Polis
Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi
mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan
kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Wanita berkenaan
ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini berkata lelaki Bangladesh tersebut
yang bekerja sebagai buruh binaan menyewa rumah berdekatan dengan rumah mereka
sejak dua tahun lepas.
Katanya sewaktu kejadian lelaki itu dikatakan
berkeliaran di luar rumah dan keluar masuk rumah sewanya (lelaki itu) sebelum
bertindak demikian.
Lelaki tersebut bertindak sedemikian selepas tiada
orang di sekeliling rumah.
Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Bernama
0 Response to "Bangla rentap pakaian isteri, cuba rogol cedera ditetak suami"
Post a Comment