BAHARU sahaja terpalit dengan kontroversi gambar separuh bogel yang tersebar di laman web lucah, nama anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29, kembali menjadi perhatian.
Semuanya gara-gara
sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya yang
memperlihatkan susuk sepasang kekasih bercumbuan dengan berlatar belakangkan
pemandangan laut.
Gambar tersebut membuatkan
ramai pengikut mencemuh dan mempersoalkan tindakan pelakon yang pernah
membintangi filem Tanda Putera ini.
Ahya yang dihubungi Zass
pada awalnya mengaku bahawa dia memuat naik gambar berkenaan dan gambar tersebut
adalah miliknya.
Bagaimanapun, Ahya
menegaskan, gambar tersebut dijumpai di laman sosial Instagram dan di muat naik
kembali olehnya.
“Terpulanglah apa orang
nak kata kerana di sebalik gambar tersebut, saya menyukai pemandangan laut di
belakang subjek (gambar kekasih bercumbuan).
“Ya, memang saya muat naik
dan seperti yang saya katakan, jom island (pulau). Bermaksud saya mengajak
kawan-kawan bercuti ke pulau.
“Terpulanglah sama ada
orang berkeras mengatakan itu saya atau nak kata saya ‘kantoi’ kerana muat naik
gambar sendiri.
“Apa yang penting saya
tahu apa yang sebenarnya,” jelasnya.
Ditebak adakah dia sengaja
berbuat demikian untuk mencari publisiti menaikkan namanya, Ahya pantas menepis
dakwaan itu.
“Bagi mereka yang sudah
lama mengenali saya, tahu saya bagaimana.
“Saya memang suka
bergurau. Tapi yang tak dapat terima, terpulanglah,” ujarnya lagi.
Berkongsi perkembangan
terbaharunya, Ahya berkata, dia masih menantikan tayangan filem terbaharu
lakonannya, Harmonika yang diarahkan oleh Raja Mukhriz.
Katanya, jika tiada
tawaran lakonan, dia memberi fokus kepada bidang peragaan dan juga perniagaan
kafe yang sedang diusahakannya bersama rakan-rakan.
“Insya-ALLAH tidak lama
lagi, saya akan membuka sebuah kafe di Setapak iaitu di tapak kelab golf yang
sudah dirobohkan.
“Kafe yang diberi nama
Buaya Cafe ini mengetengahkan konsep kontena dengan bajet RM2 juta.
“Ia akan bermula sekitar
Julai atau selepas raya nanti,” katanya.
0 Response to ""JANGAN CEPAT MELATAH!!", AHYA JAWAB ISU BERCIUM YANG KINI VIRAL"
Post a Comment