Jom Lihat Desa Hantu Di Turki Yang Sangat Terkenal


Desa Kayakoy telah ditinggalkan pada tahun 1923 dan pada asalnya dikenali sebagai Livissi. Desa ini kini sepi tanpa penduduk dan di sebabkan itulah orang tempatan disana menyebut sebagai desa hantu merupakan sebuah desa yang terletak 8 km di sebelah selatan Fethiye, di barat daya Turki, di mana Anatolia Yunani hidup hingga sekitar tahun 1922.

Kerana menyimpan banyak sejarah, Kayakoy tetap dipertahankan sebagai sebuah desa muzium hingga sekarang. Desa ini terdiri ratusan rumah yang kebanyakan menyesuaikan gaya Yunani. Pelancong yang hendak ke Fethiye biasanya akan meluangkan diri untuk berkunjung ke mari.

Seperti dikutip dari Wikipedia, penduduk kampung ini pada tahun 1900 mencecah sekitar 2,000, hampir semua penduduknya ketika itu adalah orang Kristian Yunani.

Kayakoy yang juga dikenali sebagai Livissi dulu dianggarkan adalah tempat tinggal penduduk Byzantine Levissos (pulau Gemiler), yang melarikan diri dari lanun. Tempat ini kemudian mengalami pembaharuan selepas dareah di sekitar Fethiye (juga dikenali sebagai Makri) hancur kerana gempa bumi pada tahun 1856 dan kebakaran besar pada tahun 1885. Penduduk kampung ini sebahagian besar merupakan para tukang profesional.

0 Response to "Jom Lihat Desa Hantu Di Turki Yang Sangat Terkenal"

Post a Comment