Lelaki Selamba Bogel Dalam Lapangan Terbang


SEORANG lelaki mengejutkan orang ramai di Lapangan Antarabangsa Nashville selepas berkeliaran dalam keadaan bogel di situ.

Dia bagaimanapun telah ditangkap oleh polis kerana melakukan perbuatan keji di khalayak ramai.
Lelaki itu, yang berbadan gempal berjalan secara selamba dan tidak kisah berbogel meskipun aksinya itu dirakamkan oleh orang ramai..

“Ia berlaku di lapangan terbang Nashville. Saya berjalan ke arahnya dan berkata `awak menakjubkan’ dan kemudian dia membalas `terima kasih’.

bogel

“Namun saya teruja dengan Nashvillee. Walaupun beberapa orang ternganga mulut (melihat lelaki bogel) namun urusan berjalan seperti biasa.

“Ia merupakan permulaan yang baik untuk Nashville,’’ demikian tulis Tod Brilliant yang menaiki pesawat dari California dan mendarat di situ.

Ini bukan kali pertama lelaki itu ditangkap.

Menurut kakitangan lapangan terbang itu, mereka pernah melihatnya berjalan di luar lapangan terbang terbabit tanpa seurat benang tetapi ini adalah kali pertama dia berada di dalam terminal. – MYNEWSHUB.CC

 

0 Response to "Lelaki Selamba Bogel Dalam Lapangan Terbang"

Post a Comment