SUVA – Ramai pelancong
asing mula meninggalkan Fiji semalam selepas angka kematian akibat Siklon
Winston meningkat kepada 20 orang.
Mereka membanjiri Lapangan
Terbang Nadi di Suva yang dibuka semula selepas ditutup selama dua
hari.
Sebelum ini, pelancong luar
di kepulauan itu terkandas akibat bencana berkenaan.
Ekonomi Fiji bergantung
kepada pelancongan terutamanya warga Australia dan New Zealand. Menteri
Pelancongan, Faiyaz Siddiq Koya berkata, semua pelawat di Fiji berada dalam
keadaan selamat dan selesa
Seorang pelancong dari
Melbourne memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia bahawa dia mendengar
pokok-pokok tercabut dari tanah ketika berlindung daripada Siklon Winston di
dalam sebuah hotel di pulau utama Fiji, Viti Levu.
“Saya tidak pernah
mendengar desiran angin sekuat ini. Ia amat menggerunkan,” katanya.
Di Suva, pembukaan lapangan
terbangnya turut membolehkan usaha bantuan digiatkan dengan Australia
mengumumkan pakej bernilai AS$3.6 juta (RM15.18 juta) termasuk barangan asas
seperti makanan dan air minuman.
Kosmo
Online
0 Response to "Pelancong Asing Tinggalkan Fiji Selepas Dilanda Ribut"
Post a Comment