Cheras:
Pelajar tingkatan dua sekolah menengah berasrama penuh, di sini, menerima
sembilan jahitan selepas mulutnya koyak dipijak dengan but bola sepak oleh
pelajar ‘senior’ tingkatan empat, kelmarin.
Dalam kejadian 12 tengah
malam, remaja itu didatangi empat pelajar tingkatan empat sebelum dibelasah di
bahagian muka.
Menurut sumber, remaja itu
dibelasah kerana meminta rakannya supaya tidak mengikut arahan pelajar 'senior'
di asrama sekolah berkenaan.
"Ada pelajar ‘junior’
dibuli dengan dipaksa mencuci pakaian dan membeli makanan menyebabkan mangsa
menasihati rakannya yang dibuli itu supaya tidak tunduk dengan arahan pelajar
tingkatan empat berkenaan.
"Bagaimanapun, pelajar
‘senior’ itu mengetahui perkara berkenaan dan mereka membelasah remaja tingkatan
2 itu. Seorang daripada mereka memijak mulut mangsa dengan but bola sepak,
manakala yang lain memukul dengan tangan di muka," katanya.
Menurutnya, remaja itu
dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan menerima
jahitan di mulut.
Susulan itu, ibu bapa
mangsa membuat laporan di balai polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Katanya, polis sedang
jalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana
menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dengan sengaja.
Hmetro
Online
0 Response to "Pelajar "senior' Belasah 'Junior' Dengan But Bola"
Post a Comment