BETUL KE MAKAN COKLAT BOLEH JADIKAN ANDA LEBIH BIJAK? BACA PENJELASANNYA INI



Satu kajian terkini diterbitkan dalam jurnal ‘Appetite’ baru-baru ini menyatakan bahawa sesiapa makan coklat sekurang-kurangnya seminggu sekali akan meningkatkan kecerdasan memori dan kemahiran berfikir secara abstrak.

Sebelum ini, seperti yang telah diketahui umum bahawa pemakanan coklat adalah baik untuk jantung dan mencegah daripada terkena serangan strok disamping melingungi kulit dari sinaran matahari.

Menurut Merrill Elias, salah seorang daripada penyelidik itu, satu kajian berkaitan dengan kemahiran ‘cognitive’ telah dijalankan kepada 1,000 orang di bandar raya New York, Amerika Syarikat pada tahun 1970.

Ia dibuat semata-mata untuk mencari hubung kait antara tekanan darah manusia dengan fungsi otak, jelas beliau kepada akhbar Washington Post.

Ternyata pemakanan coklat nyata mempengaruhi fungsi otak seperti mempunyai daya ingatan yang kuat dan mampu untuk melakukan dua kerja dalam satu masa sebagai contoh bercakap sambil memandu kereta.

Malah ia turut disokong berdasarkan kepada salah satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik nutrisi dari University Of South Australia, Goergina Crichton.

Dalam satu kajian lain yang dijalankan, ternyata pengambilan coklat mempengaruhi kemahiran ‘cognitive’ dan bukan sebaliknya jelas Elias lagi kepada Washington Post.

Namun ia masih belum dapat disahihkan lagi. Walau bagaimanapun kajian sebelum ini mendapati makanan yang tinggi dengan kandungan Flavonoid seprti yang terdapat di dalam koko mampu meningkatkan fungsi otak.

Ianya bagus untuk golongan tua bagi mencegah masalah hilang ingatan atau ‘demensia’.

Pemakanan coklat boleh diamalkan pada kadar yang berpatutan, namun ia tidak boleh menggantikan diet seimbang yang normal untuk sepanjang minggu, jelas Elias lagi.

0 Response to "BETUL KE MAKAN COKLAT BOLEH JADIKAN ANDA LEBIH BIJAK? BACA PENJELASANNYA INI"

Post a Comment