California: Perdebatan warna pakaian muncul
sekali lagi dan kali ini, jaket Adidas membuatkan pengguna Internet
berbalah.
Seorang pengguna Twitter, Mariam Kabba
menyiarkan gambar jaket barunya di laman itu dengan berkata, ia hitam dan
coklat. Bagaimanapun, rakannya melihat jaket itu berwarna putih dan biru.
Imej itu mula menarik perhatian selepas
rakannya yang menggunakan nama poppunkblogger berkongsi imej berkenaan dalam
laman Tumblr dengan menulis: “Saya tidak suka menyamakan gaun biru/hitam
putih/emas, tetapi rakan saya memiliki jaket ini dan dia berkata, ia putih.
Tetapi saya melihatnya hitam dan coklat. Sila beritahu apa yang anda
lihat.”
Ia mendorong perbalahan pendalam dalam kalangan
pengguna Internet.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah cara mata
manusia berevolusi untuk melihat warna di tempat yang sumber utama cahaya ialah
cahaya matahari.
Kita melihat objek di sekeliling kita kerana
pantulan cahaya ke dalam retina mata kita.
Otak mencatat warna sumber cahaya sebenar dan
kemudian menolak warna sebenar objek.
Jadi bayangkan, warna kuning pada objek putih -
otak memahami cahaya kuning itu mempengaruhi warna permukaan dan akan cuba
mengabaikannya.
0 Response to "Debat Hanya Kerana Warna Jaket"
Post a Comment