Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah
tepat apabila beliau keluar daripada UMNO, kata Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pilihan
terbaik bagi Dr. Mahathir “memandangkan hubungan beliau dengan UMNO atau
pemimpinnya sudah tidak boleh dipertahankan lagi”.
Melalui catatan terbaru dalam laman blognya
hari ini, Salleh berkata: "Tindakan Dr Mahathir memudaratkan parti dan adalah
kelihatan tidak logik sekiranya beliau terus berada dalam parti, dan pada waktu
yang sama, menentang parti.
“Sekiranya Dr. Mahathir ingin terus menyerang
UMNO, maka beliau perlu berbuat demikian di luar UMNO. Itu merupakan perbuatan
mulia dan beretika untuk dilakukan.”
Salleh berkata, beliau sedih dengan episod kali
ini, bukan ke-rana Dr. Mahathir sekali lagi me-ningglkan UMNO, tetapi kerana
keadaan pengundurannya.
Katanya, tiada siapa boleh menafikan Dr.
Mahathir banyak berjasa kepada negara sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana
Menteri, "walaupun tempoh beliau menyandang jawatan itu, tidaklah bebas
sepenuhnya daripada kecacatan.”
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,
Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu mengumumkan
keluar daripada UMNO tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Barisan
Nasional (BN).
Katanya, ini kerana BN telah mendapat mandat
daripada rak-yat pada pilihan raya umum yang lalu dan kepercayaan itu perlu
terus digalas bagi memenuhi agenda yang telah dirancang untuk rakyat.
Ahli MT UMNO yang juga Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata, keputusan Dr. Mahathir untuk
meninggalkan parti itu bukan tindakan yang pertama kali dilakukan beliau.
“Tindakan yang diambil Dr. Mahathir bukan
sesuatu yang mengejutkan kepada ahli UMNO kerana beliau pernah bertindak
sedemikian sebelum ini. Sama ada tindakan ini akan mendatangkan kerugian kepada
parti atau tidak itu kita akan nilai kemudian,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pula berkata, tindakan Dr. Mahathir
itu tidak akan menjejaskan sokongan ahli UMNO terhadap parti itu di Kedah.
“Ahli UMNO taat kepada pemimpin dan kita yakin
UMNO mampu tangani perkara ini,” jelasnya.
0 Response to "Daripada Memudaratkan, Lebih Baik Keluar"
Post a Comment