BANGLADESH. Hanya kerana pergaduhan kecil,
seorang isteri cedera parah selepas disimbah asid oleh suaminya sendiri,
kelmarin.
Menurut Dailymail, Tania Parvin, 25 mengalami
kesan terbakar di bahagian kiri muka dan bahagian kiri badan dan keseluruhan
tangan kirinya.
Tania kini dirawat di Dhaka Medical College
Hospital dan terpaksa dibalut hampir separuh badan.
Laporan media tempatan mengatakan Tania
disimbah asid pada jam 8 malam waktu tempatan ketka sedang bersedia untuk
sembahyang.
Sehingga kini, Tania merupakan salah seorang
dari 3625 mangsa serangan asid di Bangladesh sejak tahun 1999 hingga 2016.
Daripada jumlah tersebut, 1847 merupakan mangsa
wanita, 901 mangsa lelaki dan 877 mangsa kanak-kanak.
Asid menjadi pilihan penjenayah disebabkan kos
yang rendah dan kesan kecederaan yang teruk apabila digunakan.
0 Response to "Kejam... Isteri Disimbah Asid"
Post a Comment