Dua beradik Pancing Duit Derma di masjid


TUMPAT – Tindakan dua beradik memancing duit derma daripada tabung Masjid Mukim Kubang Batang dekat sini semalam berakhir dengan kedua-duanya ditahan oleh anggota Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kubang Batang/Menjual.
Sebelum ditangkap pada pukul 2 pagi, anggota SRS yang melakukan rondaan ternampak kelibat dua lelaki memasuki pekarangan Masjid Mukim Kubang Batang.
Timbalan Ketua SRS, KRT Kubang Batang/Menjual, Kamaruzaman Musa berkata, sebaik melihat kelibat mencurigakan, beberapa anggotanya mengepung pekarangan masjid sebelum mengintai niat kedua-dua lelaki itu memasuki tempat ibadat pada waktu itu.
“Selepas menunggu beberapa ketika, anggota SRS yang memasuki ke dalam masjid secara perlahan-lahan melihat kedua-dua lelaki itu sedang leka memancing duit daripada tabung menggunakan dawai,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

0 Response to "Dua beradik Pancing Duit Derma di masjid"

Post a Comment