SAKHA, Rusia – Sepasukan
saintis di sini membuat percubaan untuk menghasilkan klon seekor anak singa
purba yang hidup pada Zaman Ais sekitar 12,000 tahun lalu susulan penemuan dua
bangkai haiwan itu dalam keadaan hampir sempurna pada Ogos tahun
lalu.
Dua bangkai anak singa itu
dijumpai beku di dalam ais di Siberia. Spesies singa purba itu diketahui sudah
lama pupus.
Bagaimanapun,
saintis-saintis berharap mereka dapat menggunakan tisu hidup yang menyimpan asid
deoksiribonukleik (DNA) di dalam bangkai tersebut untuk menghidupkan semula
spesies singa Zaman Ais tersebut.
Bagaimanapun, hanya satu
bangkai anak singa itu digunakan bagi tujuan penyelidikan, manakala bangkai
kedua akan disimpan di Muzium Mamot, Yakutsk, Rusia.
“Penemuan ini tanpa
disangkal lagi adalah sesuatu yang amat menakjubkan,” kata Pensyarah Akademik
Sains Yakutsk, Dr. Albert Protopopov. – Agensi
0 Response to "Saintis Rusia mahu hidupkan semula singa purba"
Post a Comment