Fakta Tentang Negara Jepun Yang Korang Pasti Rasa Pelik


Pernah ke negara Jepun? Mungkin ada yang sudah pernah tapi mungkin ramai lagi yang tak pernah kan. Kali ini ada beberapa fakta menarik yang dapat dikumpulkan tentang negara Jepun sebagai menambah ilmu pengetahuan kita.

1. Jangan letakkan ‘chopstick’ secara menegak didalam mangkuk nasi anda kerana ia adalah satu budaya lama Jepun untuk memberikan nasi tersebut kepada orang mati. Kalaupun tidak, ia tetap dianggap satu perbuatan yang tidak baik.

2. Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun.

3. Terdapat lebih 200 buah gunung berapi di Jepun.

4. Walaupun mengorek hidung atau kencing ditepi jalan diterima dalam masyarakat disana tapi menghembus hidung dikhalayak awam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Kebolehan menggubah bunga dianggap sebagai seni di Jepun.

6. Penduduk Jepun kebanyakkannya mengambil nasi untuk dimakan semasa sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

7. Untuk menunggu pesanan pizza anda dihantar, akan memakan masa selama 1 hingga 2 jam. Penduduk Jepun gemar pizza mereka diletakkan dengan mayonis, jagung dan juga biji bijan.

8. Jika mendapat hadiah, tidak boleh mengoyak kertas pembalutnya kerana dianggap satu perbuatan yang tidak sopan.

9. Di stesen-stesen keretapi, wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas.

10. Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun!

11. Pam atendan distesen minyak akan tunduk hormat kepada kereta yang keluar dari stesen minyak.

12. Sebiji epal di Jepun berharga USD$2 dolar!

13. Jika menghadiri upacara perkahwinan ataupun kematian, membawa bersama wang ataupun hadiah adalah menjadi perkara yang wajib.

14. Penduduk Jepun mandi air panas setiap malam walaupun kemudahan itu tidak terdapat dirumah mereka.

15. Mengatakan ‘tidak’ secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah.

16. Lampu trafik hijau disana dipanggil ‘biru’.

17. Tidak ada mesin ATM yang beroperasi 24 jam disana malahan ia ditutup pada hari cuti dan kebanyakkannya beroperasi pada waktu bekerja sahaja.

18. Menjadi kebiasaan, seseorang yang berpindah kerumah baru, patut memberikan antara 1000 dolar ke 2,000 dolar kepada pemilik rumah tersebut.

19. Kebanyakan orang Jepun tidak boleh memandu dengan baik. 

0 Response to "Fakta Tentang Negara Jepun Yang Korang Pasti Rasa Pelik"

Post a Comment