Peringatan:
Tajuk di atas adalah dari PIXEL MEDIA, bukannya dari penulis asal artikel di bawah ini.
Harap maklum.
A 48 years
old female, came to me for her maternal check up. She has underlying Chronic
Hypertension, poorly controlled and IGT (Impaired Glucose Tolerance - kira
sipi-sipi lagi nak kena kencing manis).
So boleh
bayangkan tak? An advanced age mother, with underlying chronic disease came in
with a pink book. Saya berdebar bila baca buku pink dia. It is a high risk
pregnancy. To make sure every information written on her book is correct, I'm
asking the patient again.
"Ini
kandungan ke 8? Betul ke? Pernah gugur tak?"
"Ye, ini
kandungan ke 8, tak pernah gugur", jawabnya.
"Pernah
makan pil perancang, ubat cucuk atau alat untuk perancang
keluarga?"
"Tak pernah.
Saya yakin. Anak itu rezeki," balasnya.
** Dah
kenapa nak rasa offended?? **
"Saya tak
pernah kata anak itu bukan rezeki" kata saya.
"Takdelah.
Mana-mana doktor, memang suka kalau kita ini tidak beranak lagi. Kalau orang
melayu dan Islam tak ramai di muka bumi, siapa lagi?" katanya
melenting.
Saya pun
mulakan ceramah agama. Kenapa saya panggil ceramah agama dan bukan ceramah
kesihatan? Sebab pesakit gunakan agama mempertahankan pendiriannya.
"Anak adalah
rezeki tapi jangan lupa, rezeki adalah hadiah dari Tuhan untuk kita. Kena ingat,
anak juga adalah amanah, iaitu tanggungjawab kita kepada anak dan Tuhan. Bila
kita sentuh tentang amanah kepada anak, bukan asal pakai baju tetapi menyediakan
pakaian yang bersih dan menutup aurat, asal cukup makan tetapi memberikan
makanan yang sihat dan halal begitu juga pendidikan yang baik. Soalan yang akan
saya tanya kepada puan, anak sulung puan, umur berapa?"
"18 tahun.
Baru habis SPM,"
"Berapa
keputusan SPM dia?"
"Teruk. Tak
pandai mana,"
"Anak puan
yang sulung tu, perempuan ke lelaki?"
"Perempuan,
kenapa doktor?"
"Pakai
tudung menutup dada?"
"Tak....
kadang pakai, kadang tak,"
"Cukup solat
5 waktu dijaga?"
Soalan
terakhir itu membuatkan si ibu termenung jauh.
"Kalau puan
dah berusaha berikan pendidikan yang baik kepada anak, Alhamdulillah. Kalau puan
dan berusaha berikan pakaian yang baik dan menutup aurat kepada anak,
Alhamdulillah. Kalau puan dan berusaha menjaga solat anak puan, Alhamdulillah.
Sesungguhnya, Allah menilai usaha, bukan hasil.
"Cuma kalau
puan gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Tuhan ampunkan dosa
puan dan suami kerana lalai menjalankan amanah. Rezeki yang dimiliki jika tidak
diuruskan dengan baik, akan jadi mudharat kepada kita," kata saya
padanya.
Ibu tadi
mengalirkan airmata. Habis tudung, hujung lengan baju dijadikan kain mengesat
airmata. Saya memegang bahu pesakit dan menghulurkan tisu. Nasihat itu bukan
semata-mata untuk pesakit tetapi diri sendiri juga. Moga menjadi iktibar untuk
semua. - Nurul Aimi | PIXEL MEDIA
0 Response to "Jangan Buat Anak Ramai Kalau Tak Reti 'Jaga'"
Post a Comment