
WASHINGTON
- NBC News semalam melaporkan serpihan pesawat dipercayai milik MH370 ditemui di
pesisiran pantai timur Afrika di antara Mozambique dan Madagascar.
Lapor
Reuters yang memetik kenyataan dari penyiasat Amerika Syarikat berkata, pihak
Malaysia dan Australia telah melihat gambar serpihan tersebut dan ia mungkin
penstabil mendatar pesawat Boeing 777 MH370 yang hilang dalam penerbangan dari
Kuala Lumpur ke Beijing Mac 2014.
Difahamkan,
serpihan itu ditemui oleh seorang lelaki Amerika yang giat menyiasat kehilangan
pesawat itu di pantai Selat Mozambique.
Sementara
itu, jurutera yang telah melihat serpihan tersebut tidak menolak yang serpihan
itu berkemungkinan besar adalah milik pesawat MAS MH370. Bagaimanapun, jurutera
Boeing masih lagi meneliti gambar yang diterima.
0 Response to "SERPIHAN EKOR PESAWAT MH370 DITEMUI DI AFRIKA?"
Post a Comment