Saya kenal dia semasa saya berumur 22 tahun. dan dia berumur 26 tahun. Hubungan kami bermula sebagai kawan, dengan sikapnya yang penyayang, baik, caring, membuatkan saya jatuh cinta.
Pekerjaan dia hanyalah sebagai Pengawal
Keselamatan di sebuah hospital. Saya bekerja sebagai cikgu tadika. Disebabkan
sayang, saya tidak kisah bila orang kata kami tidak sepadan atau saya layak
mendapat lelaki yang lebih baik. Saya langsung tidak ambil peduli apa yang orang
katakan.
Kisah ini dipetik menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga.
Cukup 6 bulan kami berkenalan, Alhamdulillah
akhirnya kami bernikah. Kenduri kecil-kecalan sahajan tetapi saya bersyukur
dapat menjadi isterinya.
Disini, bermulalah perjalanan hidup saya.
Selepas nikah, kami tinggal di rumah flat. Rutin harian seperti biasa dan terasa
amat bahagia. Tetapi rumah tangga mana yang tidak diuji kan?
Hampir dua tahun kami berkahwin, kami belum
diberikan rezeki anak. Pelbagai kaedah kami telah cuba dan adakalanya saya
berputus asa. Namun suami sentiasa memberikan kata-kata semangat dan sokongan.
Keluarga juga tidak pernah menyisihkan kami.
Sampailah satu masa saya rasa sikap dia sudah
berubah. Dia menjadi kerap marah dan saya hanya mendiamkan diri. Satu hari,
Allah mahu menunjukkan kepada saya di mana saya ternampak dia bersama dengan
seorang perempuan.
Balik ke rumah, saya bertanya padanya tetapi
dia hanya mendiamkan diri. Saya marah, tetapi disebabkan rasa hormat pada suami
itu masih ada, saya cuma mendiamkan diri. Hubungan kami pula menjadi dingin
selepas itu. Suami pula menjauhkan diri daripada saya.
Selepas dari saya terjumpa dia, saya kerap
mual, dan pening. Bila pergi ke klinik, doktor mengesahkan saya mengandung.
Alhamdulillah. Dia orang pertama yang saya ingin beritahu tentang perkhabaran
yang mengembirakan itu.
Balik ke rumah, saya ternampak dia dengan
perempuan itu. Dia panggil saya dan berterus terang yang mereka sudah terlanjur
banyak kali. Malah suami membuat keputusan untuk mengahwini perempuan
itu.
Saya tergamam, saya pegang perut. Allah! Saya
tengok dia lama-lama.
"Awak pilih saya atau dia?" tanya saya
perlahan.
Lama dia mendiamkan diri. Dia datang dekat pada
saya dan dia peluk saya lama-lama. Selepas itu dia melepaskan pelukan itu dan
ucapkan kalimah yang saya tidak akan lupakan sampai mati.
"Saya ceraikan awak dengan talak tiga,"
Masa itu saya rebah, menangis meraung tetapi
dia tetap berada di sisi perempuan itu. Dia ambil beg dan serahkan pada saya.
Waktu itu saya faham yang saya sudah kehilangan dia buat selama-lamanya.
Saya melangkah pergi dari rumah itu. Bermula
saat itu saya berdikari. Saya jaga sendiri kandungan saya selama 9 bulan. Bekas
suami langsung tidak pernah menghubungi saya malah dia tidak tahu langsung yang
saya mengandungkan anak dia. Itulah ujian bagi saya.
Selepas anak dilahirkan, saya besarkan dia
sendiri tanpa seorang suami. Keluarga minta saya tinggal bersama tetapi saya
tidak mahu menyusahkan orang lain. Saya wanita yang kuat.
Ketika umur anak saya genap 2 tahun, saya diuji
lagi. Kami terlibat dalam kemalangan, saya tidak mengalami kecederaan yang teruk
tetapi anak saya meninggal dunia tanpa sempat berjumpa dengan ayahnya. Pada masa
itu, saya bukan lagi wanita yang kuat. Semangat saya sudah hilang dan saya
kembali pada keluarga.
Malam kedua selepas anak saya dikebumikan,
bekas suami tiba-tiba muncul. Saya benar-benar benci melihat wajahnya pada waktu
itu. Saya ambil gambar anak dan baling pada dia.
Dia tanya siapa kanak-kanak dalam gambar itu?
Saya menangis, "Itu anak saya tetapi dia tak ada ayah. Ayah dia dah ceraikan
saya talak tiga sewaktu saya mendapat tahu dia ada di perut saya. Dia anak saya
tetapi Allah dah ambil dia sebab kalau dia tahu dia tiada ayah, mesti dia
sedih,".
Saya menangis sekuat-kuat hati, dia terduduk.
Dia meminta maaf dan mengakui menyesal dengan apa yang telah berlaku namun
segalanya sudah terlambat. Saya suruh dia balik. Dari hari itu, dia sudah mati
dari hidup saya.
Selepas kejadian itu, saya pulihkan kembali
semangat saya. Saya tinggal dengan keluarga, merekalah jiwa saya
sekarang.
Kepada wanita, tolong jadi kuat. Masih ada yang
sayangkan kita. Tolong jangan jadi lemah, hargailah orang yang terima kita sebab
tidak semua menghargai kita. Semasa saya tulis ini, saya menatap gambar anak
syurga saya.
"Sayang, tunggu ibu di syurga tau,"
0 Response to "" Suami Saya Sudah Banyak Kali Terlanjur Dengan Perempuan Itu""
Post a Comment