Tiga Kembar Seiras Berkahwin, Suami Bingung Membezakan Mana Isterinya

foto: copyright dailymail.co.uk
 
I do, i do, i do..saat para wanita kembar tiga yang serupa berkahwin pada hari yang sama, dan pada masa yang sama, para pengantin lelaki pun menjadi bingung.

Seperti dilansir dari dailymail.co.uk, Rafaela, (29), Rochele, (29) dan Tagiane Bini, (29), yang berasal dari Passo Fundo, Brazil Selatan, berkahwin pada hari yang sama. Tiga kembar seiras yang berprofesi sebagai jururawat ini, mengenakan gaun pengantin yang sama, gaya ramput dan makeup yang sama.

Para tetamu dengan bersemangat melihat tiga saudara kembar ini mengikat simpul sehidup semati pada upacara perkahwinan yang sama.

Kembar triplets Rafaela, Rochele dan Tagiane Bini, terbiasa merayakan hari ulang tahun yang sama, dan sekarang mereka menikahi lelaki yang mirip satu sama lain.

Sebagai perbezaan agar tidak mengelirukan pasangan masing-masing, mereka membawa sejambak bunga dengan warna yang berbeza.

Para calon pengantin lelaki awalnya bimbang kerana takut mereka salah bertukar sumpah dengan calon istri mereka.

Pada suatu ketika, saat mereka berkumpul bersama, biasanya tugas Rochele yang menyiapkan makanan, Gabriel yang mencuci pinggan mangkuk, dan Rafaela yang memasak.

Para lelaki tunangan mereka seringkali salah mengira, kerana tiga wanita kembar ini sangat mirip.

Orang tua mereka, Pedro dan salete, sebelumnya sudah mempunyai seorang anak perempuan sebelum mereka lahir, yang bernama Liziele.

Rafaela adalah yang pertama kali mencari calon pendamping, yaitu Rafael. Setahun kemudian, Rochele berkumpul dengan Gabriel. Lalu Tagiane terlibat dengan Eduardo. Akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin serentak di gereja gereja Katolik Nossa Senhora Aparecida di Passo Fundo, Brazil.

Eduardo, pasangan Tagiane, berkata jika dirinya selalu berdoa agar perkahwinan mereka diberkati dan menjalani kehidupan berumah tangga yang penuh dengan cinta.

0 Response to "Tiga Kembar Seiras Berkahwin, Suami Bingung Membezakan Mana Isterinya"

Post a Comment