Kuala Lumpur: Pelawak popular, Shahrol Shiro
terpaksa menjalani pembedahan akibat jangkitan sinus di sebuah pusat perubatan
swasta di Johor Bahru, pagi esok.
Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie
Azmi, 31, berkata, dia tidak menyangka masalah pening kepala dan berdenyut pada
bahagian atas kening kirinya sejak seminggu lalu disebabkan oleh sinus.
Katanya, bimbang dengan keadaan itu, dia
mengambil keputusan membuat pemeriksaan di hospital dan disahkan menghidap
penyakit berkenaan serta perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.
"Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa
berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak
lena.
"Berikutan tidak cukup rehan, saya jadi lesu.
Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.
"Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan
di hospital pada Ahad lalu.
Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan
terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok,"
katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Shahrol yang juga penyampai radio Era FM memuat
naik sekeping gambar pada akaun Instagram miliknya awal pagi ini memaklumkan
terpaksa berehat daripada aktiviti seni minggu ini kerana masalah
kesihatan.
Pengumuman itu mengundang tanda tanya dan
spekulasi peminat apakah permasalahan sebenar yang dimaksudkan ahli kumpulan
Shiro itu. Hmetro
0 Response to "Bersabarlah Shahrol Shiro, Berita MENYEDIHKAN Buat Semua Peminat Beliau, Semoga TABAH !"
Post a Comment