Bahkan,
fesyen rambut sebegini pun digemari oleh kebanyakan lelaki yang dikenali juga
dengan istilah man bun, namun, bagi yang sering mencepol rambut perlu
berhati-hati, kerana tatarias itu boleh menyebabkan kebotakan.
Sanggul
bulat diyakini berpotensi menyebabkan kebotakan hanya di satu tempat sahaja,
apalagi apabila wanita itu sering mengikat rambut terlalu ketat. Istilah untuk
jenis kebotakan semacam ini ialah traction alopecia.
Menurut
Dr. Doris Day, seorang pakar kulit atau dermatologi dari New York, Amerika
Syarikat (AS), situasi itu disebabkan kebiasaan menarik rambut terlalu kuat pada
akar rambut yang akhirnya berlaku kerosakan kekal.
“Keadaan
lazim ini zaman dahulu biasanya terjadi pada golongan wanita yang suka sangat
mengikat rambut mereka sehingga menyebabkan berlaku keguguran dan kebotakan
rambut dalam usia 30-an atau 40-an.
“Gaya
rambut cornrow atau disebut juga kepang iaitu anyaman jalinan seperti
pita ketupat akan terus menjadi risiko kebotakan dan gaya fesyen rambut popular
lain pun demikian bahaya,” ujar beliau dipetik portal berita AS.

Day
menjelaskan, selain gaya rambut, beberapa proses penataan rambut lain pun dapat
memicu terjadinya kebotakan pada satu bahagian kepala sahaja, salah satunya
adalah sambung rambut atau hair extension.
Asalnya
ia dibuat konon ada pandangan bahawa wanita berambut tebal
dilihatnatural namun, perlu diperhatikan bahawa sambung rambut
cenderung adiktif malah jika sering dilakukan akan terus menyebabkan
kebotakan.
“Penari
balerina juga alami traction alopecia. Menarik rambut terlalu
kuat ketika diikat sebelum mengenakan penutup kepala untuk berenang juga
menyebabkan hal yang sama kepada perenang,” tutur Anabel
Kingsley.
Beliau
yang juga pakar kulit rambut di Philip Kingsley Trichology Clinic di
New York mendakwa, setiap orang dapat mengalami traction
alopecia, khususnya bagi mereka yang memiliki rambut jenis yang
tipis.
Ini
kerana ujar Kingsley, rambut yang agak tipis cenderung untuk menjadi lebih lemah
sehingga tidak boleh menutup kemungkinan mudah terjadi kerosakan, keguguran atau
langsung kebotakan pada akhirnya.
“Untuk
cegah traction alopecia, sebaiknya sering ganti tatarias rambut selain
kurang pemakaian ikat rambut atau menata dengan cara sanggul. Jika sakit kepala,
barangkali rambut anda ditarik terlalu kuat,” jelas beliau.
–
Agensi/Mynewshub.cc/HAA
0 Response to ""FESYEN SANGGUL BUAT RAMBUT WANITA CEPAT BOTAK?""
Post a Comment