PENGGUNA beragama Islam sememangnya begitu sensitif
berhubung isu halal kerana tidak mahu ditipu perihal status makanan yang berada
di pasaran.
Namun, baru-baru ini heboh di laman sosial
apabila seorang netizen mendakwa roti jenama Sweetie tidak halal berikutan tiada
sebarang sijil halal dipaparkan padapackaging roti
tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan, atas pemeriksaan orang
ramai menerusi laman direktrori Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut
mendedahkan bahawa status halal roti jenama terkenal itu telah ditarik
balik.
Menurut sumber yang kami terima, sijil pengesahan
halal bagi roti jenama Sweetie keluaran syarikat Today Bakeries Products (Klang)
Sdn. Bhd. itu telah ditarik balik sejak dua bulan lalu.
Difahamkan, penarikan semula sijil halal tersebut
hanya melibatkan produk yang dihasilkan di kilang roti tersebut di
Klang.
Bagaimanapun, tidak diketahui mengapa sijil
tersebut ditarik balik.
Sementara itu, dalam satu laporan akhbar, pihak
JAKIM dikatakan memberi tempoh masa selama tiga bulan bagi syarikat tersebut
untuk membuat permohonan semula sijil halalnya. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "JAKIM TARIK BALIK SIJIL HALAL ROTI SWEETIE"
Post a Comment