Picture: Nypost.com |
KATHMANDU, Nepal – Seorang
wanita berusia 112 tahun di sini mendakwa dia dapat hidup lama kerana tabiat
menghisap sebanyak 30 batang rokok pada setiap hari.
Batuli Lamichhane berkata,
dia menghisap rokok sejak berusia 17 tahun dan terus mengamalkan tabiat buruk
itu hingga ke hari ini.
Namun, Lamichhane
menasihatkan supaya hanya mengambil rokok tempatan, beedis yang digulung sendiri
dan mengelak daripada menghisap rokok komersial yang banyak dijual di
pasaran.
“Saya tidak kisah mengenai
usia saya dan telah menghisap rokok sejak 95 tahun lalu,” kata
Lamichhane.
Dia turut berkongsi rahsia
kesihatan dengan sentiasa bergerak aktif dan tidak membiarkan diri berasa
tertekan.
“Orang pada zaman moden ini
mempunyai tekanan hidup yang tinggi. Ia menyebabkan umur menjadi singkat. Anda
sebenarnya perlu aktif dan bebas tekanan,” katanya. – AGENSI
Kosmo
0 Response to "Wanita Panjang Umur Kerana Amalan Hisap 30 Batang Rokok Sehari"
Post a Comment