![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyB-T-omROlmqk9PlfWgxQWO8L28VtaIzhDBPNnxoMYKhVAA7WIq0ZLC_rXkq8Iczh3n6Cs7wOuVUHn-jW9oZoN87M6HPNzcgAxbHQuEi3IUIB9jsqnLmmjLlIO6rEY4yuQzcpDg1AqeeB/s1600/28hmcamer2.jpg.transformed.jpg)
Toronto: Seorang penerbit
filem mengorak selangkah lagi untuk menjadi lelaki bionik selepas menggantikan
mata batunya dengan kamera.
Rop Spence hilang sebelah
matanya ketika berusia sembilan tahun. Dia cuba menembak selonggok najis lembu,
tetapi tersilap melepaskan tembakan, menyebabkan dia hilang sebelah
penglihatan.
Kini, pada usia 43 tahun,
dia mengambil keputusan mengalihkan mata batu lamanya dan menggantikannya dengan
kamera.
“Ramai yang berkata ia
jenaka,” katanya.
Spence yang menggelar
dirinya Eyeborg menjadi subjek dalam episod baru siri televisyen Dark Net. Siri
berkenaan mengisahkan kehidupan sebenar subjek.
Menurut Spence, kamera mata
itu membolehkan dia melakukan wawancara dengan lebih dekat tanpa gangguan kamera
besar atau kru kamera.
Kamera mata itu kelihatan
seperti mata palsu biasa. Yang membezakannya ialah ia kamera yang dilengkapkan
dengan transmiter frekuensi radio.
Bagaimanapun, kamera itu
tidak disambung pada deria optik, menyebabkan Spence tidak boleh menggunakannya
untuk melihat. Sebaliknya, apa yang dilihat ‘mata’ itu boleh dilihat pada skrin
yang dipegangnya. Ia juga boleh dipasang dan dipadam dengan satu
sentuhan.
Satu-satunya kesan
sampingan ialah apabila kamera mata itu digunakan untuk tempoh masa lama, ia
mula panas.
Ini bermakna Spence boleh
meletakkannya pada soket matanya kira-kira tiga minit sahaja.
Dia berharap, dalam masa
terdekat nanti, kamera mata itu boleh merakam filem selama beberapa jam pada
satu-satu masa. - Agensi
Hmetro
ONline
0 Response to "PERGH ! Penerbit Filem Ganti mata dengan kamera"
Post a Comment