Pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 2015 (#AF2015) Bila, tidak
pernah menyangka akan melangkah ke konsert akhir program realiti itu.
Bila
atau nama sebenarnya Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, berkata pada mulanya rasa
rendah diri berada di akademi sangat menebal dalam dirinya.
Namun,
kehadiran ibu dan ayahnya ke konsert saban minggu telah menaikkan semangatnya
untuk terus membuat persembahan terbaik.
“Bila
tak sangka dapat bergelar top 4 #AF2015 kerana menyangka penonton tak dapat
menerima fizikal Bila.
“Alhamdulillah,
berkat doa ‘mommy dan daddy’, Bila berjaya sampai ke tahap ini. Bila tak kecewa
pun tidak bergelar juara kerana dapat ke final #AF2015 pun dah cukup baik.
"Tadi
semasa 'mommy dan daddy' naik ke pentas mereka beritahu bangga dengan Bila hari
ini,” katanya ketika ditemui Astro Gempak selepas konsert akhir #AF2015, pada
Ahad.
Tambah
anak kepada pemain bass kumpulan Wings itu lagi wang kemenangannya berjumlah
RM20,000 akan digunakan untuk membantu keluarganya.
“Memang
niat Bila menyertai #AF2015 untuk bantu keluarga Bila. Paling seronok apabila
memenangi pakej percutian ke Dubai dan Bila mahu bawa ‘mommy dan daddy’ bercuti
bersama nanti,” ujarnya.
Dalam
pada itu Bila turut mengucapkan terima kasih kepada para pengudi , tenaga
pengajar dan juri #AF2015 yang telah memberi kepercayaan kepadanya.
Pada
konsert akhir #AF2015 Bila telah menerima sebanyak 19% undian dan menerima wang
kemenangan berjumlah RM20,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd
dan sebuah trofi #AF2015 sumbangan Astro.
0 Response to "Respond Bila AF2015 Apabila Gagal Menjadi Juara Amat Mengejutkan Peminat-Peminatnya Sendiri!"
Post a Comment