Video yang dimuat naik oleh pengguna facebook
bernama Daniel Tecu itu bagi menyeru orang ramai serta pihak polis mencari dan
memberkas dua individu tidak bertanggungjawab dalam video
berkenaan.
Menerusi klip terbabit, kelihatan seorang bayi yang
duduk di atas riba seorang lelaki diberikan rokok dan minuman keras yang jelas,
tidak sepatutnya berlaku.
Kedua-dua individu itu juga dilihat menggalakkan
bayi tersebut berbuat demikian dan hanya mentertawakannya.
Salah seorang lelaki tersebut turut
berkata, tindakan itu adalah untuk menjadi ‘lelaki’ sebenar.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku di
Sepanyol di mana ramai migrasi dari Romania dilaporkan berada di negara
tersebut.
Rata-rata netizen mengutuk perbuatan
terbabit serta menyifatkan kedua-dua individu dalam video itu tidak layak
memiliki hak penjagaan kanak-kanak itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Response to "VIDEO: LELAKI BERI BAYI HISAP ROKOK & BERI MINUMAN KERAS "DIBURU"!!!"
Post a Comment