Ziana
Zain merupakan antara barisan artis yang terlebih dahulu makan garam
daripada artis baru ketika ini. Menurut Ziana, kebanyakan selebriti ketika ini
terlalu terbuka tentang kehidupan seharian malah dalam masa yang sama perasan
cantik tapi sebenarnya tidak.
“Dalam
pemerhatian dan pengamatan saya memang ada artis baharu contohnya yang feelingcantik
tetapi sebenarnya bila ambil gambar, hasilnya sebaliknya. Seperti saya katakan,
dalam berpakaian ini kena ada ‘try and error’. Sesekali kita kena jual
mahal”
“Kita
berikan sedikit sahaja contohnya kemunculan di tempat awam, baru akan beri impak
atau mereka tertunggu-tunggu. Sebab itu juga saya tak berkongsi semua perkara di
laman Instagram termasuk mengenai keluarga. Sesekali sahaja saya muat naik
gambar. Bak orang putih kata,once
in a blue moon,” jelas Ziana kepada BH
Online.
Tidak
terlalu berkongsi tentang kehidupan seharian dan juga privsi keluarga, Ziana
juga menambah, dia banyak mengambil contoh berfesyen melalui majalah fesyen yang
dibelinya setiap bulan.
0 Response to "Ziana Zain "MENGAMUK" Luah Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Pelakon Yang "Feeling Cantik tu""
Post a Comment