
Siapa sangka, walaupun
kini Maya Karin kurang muncul menerusi lakonan mahupun nyanyian, kini selebriti
ini mengakui sedang giat membabitkan diri dalam bidang pelaburan hartanah yang
diceburinya di London.
Sebenarnya, banyak orang
mungkin tidak tahu saya mengambil langkah memanfaatkan pendapatan yang saya
perolehi menerusi karier seni saya dengan membuat perlaburan hartanah dan
menjalankan perniagaan pengubahsuaian
Saya laburkan wang saya
dengan cara itu dan pulangannya sebagai sumber rezeki saya, katanya yang
bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki untuk menjalani kehidupan walaupun
jarang sekali muncul di kaca televisyen mahu pun nyanyian.
Malah lebih menarik lagi,
dia membeli rumah dan membuat pengubahsuaian kemudian menjualnya semula yang
mana memberi keuntungan sekitar 40 sehingga 50 peratus untuk sebuah rumah
sekaligus menjawab mengapa Maya seringkali berulang alik ke London.
Menerusi satu laporan
media di sana juga menyatakan yang harga purata bagi sebuah rumah kini sudah
meningkat kepada 286,133 bersamaan RM 1,544,308. Memang berbaloi jika sesiapa
mampu untuk melabur di sana sebagai sumber pendapatan.
Tahniah kami ucapkan
kepada Maya kerana sudah mampu berdiri sendiri malah dalam masa yang sama turut
membuktikan bahawa artis dan selebriti juga mampu menjalankan perniagaan dan
dalam masa yang sama mengimbangi kerjaya sebagai penghibur.



0 Response to "3 FOTO RUMAH BANGLO PALING MEWAH MAYA KARIN DI LONDON YANG BERHARGA JUTAAN RINGGIT"
Post a Comment