AHMAD MASLAN TETAP AKAN BERKHIDMAT WALAUPUN DIBENCI


Kewibawaan pemimpin ini wajar dijadikan contoh, walaupun dirinya di benci dan di caci namun beliau tetap berdiri teguh untuk berbakti kepada rakyat jelata. Itulah sifat yang ditunjukkan oleh menteri Datuk Ahmad Maslan.

Meskipun beliau tidak menafikan berasa kecewa apabila dikritik hebat dan dicemuh hampir seluruh rakyat Malaysia, namun beliau sentiasa tabah dan tidak hiraukan semua cemuhan yang dilemparkan terhadap beliau.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menganggap, bahawa setiap tugas dan tindakan yang diambilnya adalah untuk kebaikan rakyat. Saranan yang diberikan adalah untuk penambahbaikan dan membantu rakyat menghadapi cabaran hidup.

Cadangan supaya rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat baru-baru ini, mendapat tentangan hebat dari netizen. Rata-rata mereka mengutuk saranan tersebut dan menganggap bahawa  ianya tidak masuk akal. Ahmad Maslan kecewa kerana sikap rakyat Malaysia yang sentiasa mahu menghentamnya sejak dari GST diperkenalkan.

“Jika anda lihat apa saya cakap dan tulis di Twitter, tiada yang negatif tetapi telah diputar belit sehingga menjadi negatif dan ia membuatkan saya kecewa.

“Saya menjadi sasaran pengguna media sosial yang marahkan saya sejak GST diperkenalkan sehingga membuatkan mereka benar-benar tidak suka kepada saya,” katanya.

Rakyat dilihat terlalu mengikut emosi dan langsung tidak mengambil sebarang pandangan positif atas setiap saranan yang dinyatakan oleh beliau. Mereka sepatutnya membaca dan memahami, bukan hanya mengikut nafsu marah dan memutar belit maksud asal sehingga membawa kepada salah faham.

“Apa yang mahu saya sampaikan ialah selain kerja utama, rakyat boleh menjalankan perniagaan secara atas talian mengikut peraturan yang ditetapkan pada waktu malam atau hari minggu,” jelasnya.

Namun begitu, setiap kutukan dan hinaan yang dilemparkan kepada beliau sedikit pun tidak menjatuhkan semangatnya untuk terus berbakti kepada rakyat. Malah beliau nekad untuk terus berusaha memberi saranan melalui media sosial sebagai panduan untuk rakyat menghadapi cabaran hidup yang berliku di masa hadapan.

“Inilah beza antara pengikut dan pemimpin. Jika tidak berani menyuarakan pendapat (kerana takut dikritik) lebih baik jadi pengikut.” katanya.

0 Response to "AHMAD MASLAN TETAP AKAN BERKHIDMAT WALAUPUN DIBENCI"

Post a Comment