
Rasanya memang lama betul
tak dengar cerita mengenai pelakon Nasha Aziz. Boleh dikatakan Nasha Aziz adalah
antara pelakon kesukaan ammboi. Lakonan dari beliau memang mantap dan berkesan.
Apatah lagi dengan pakej lain yang dimilikinya termasuklah kejelitaan wajah
beliau sudah tentu menarik perhatian ramai.
Namun begitu, timbul pula
isu pelik berkaitan dengan Nasha Aziz. Kononnya ada sesuatu yang berlaku kepada
wajahnya. Menerusi forum.cari.com.my, mereka hangat membincangkan mengenai apa
yang berlaku kepadahidung Nasha Aziz. Menerusi sekeping gambar terkini wajah
Nasha, jelas bentuk hidungnya semakin pelik atau ada yang tidak kena berbanding
hidung beliau sebelum ini yang agak mancung.
Kalau mengikut komen-komen
dari segelintir penggiat forum, ada yang mendakwa Nasha mungkin terlebih ambil
dos ubat atau kesilapan doktor ketika melakukan pembedahan dulu. Apapun, masih
tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan berkenaan.
Bagi OMM, tak perlulah nak
lebih-lebih kutuk Nasha. Mungkin perkara ini berlaku kerana kesilapan semasa
makeup atau sudut kamera membuatkan wajah Nasha kelihatan tidak berapa ok.
Apapun kita tunggu apa-apa ulasan dari Nasha sendiri pihak yang berkenaan
dengannya. Bab pembedahan plastik tu ammboi tak berani ulas.
0 Response to "APA SUDAH JADI KEPADA HIDUNG NASHA AZIZ, KENAPA SEMAKIN PELIK?"
Post a Comment