BRASILIA – Kerajaan Brazil
mengerahkan lebih 200,000 askar untuk melakukan lawatan rumah ke rumah bagi
memerangi nyamuk Aedes yang membawa virus Zika, demikian menurut satu laporan
kelmarin.
Virus itu menjangkiti bayi
dalam kandungan sehingga menyebabkan kecacatan otak yang dikenali sebagai
mikrosefali.
Akhbar O Globo melaporkan
Menteri Kesihatan, Marcelo Castro berkata, anggota tentera itu akan melawat
kediaman di seluruh Brazil mengagihkan risalah serta memberi nasihat kepada
orang ramai.
Castro berkata, kerajaan
juga akan mengagihkan penyembur aerosol kepada sekurang-kurangnya 400,000 wanita
hamil yang menerima bantuan kebajikan.
Peningkatan kes kecacatan
otak dalam kalangan bayi baru lahir di Amerika Latin terutamanya Brazil sejak
beberapa bulan lalu mendorong Amerika Syarikat dan beberapa negara lain memberi
amaran kepada wanita hamil agar tidak berkunjung ke rantau itu.
Virus Zika tidak berjangkit
sesama manusia. Pesakit simptom menyerupai selesema yang akan hilang dalam
tempoh kira-kira seminggu.
Namun, virus Zika amat
berbahaya apabila menjangkiti wanita hamil dan janin mereka.
Brazil merekodkan
se–kurang-kurangnya 3,893 kes mikrosefali sejak Oktober 2015 sekali gus melonjak
berbanding purata 160 kes yang dicatat pada setiap tahun.
Selain virus Zika, nyamuk
Aedes juga membawa virus demam denggi dan chikungunya. – AFP
Kosmo
Online
0 Response to "Brazil kerah 200,000 askar perangi nyamuk pembawa virus Zika"
Post a Comment