Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, pihaknya akan merujuk perkara itu kepada Kementerian Luar sebagai jalan terbaik untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Katanya, beliau didatangi anak perempuan Ali, baru-baru ini, memaklumkan perkara itu dan akan cuba membantu menggunakan saluran sedia ada kerana ia membabitkan satu jumlah yang besar.
“Kita dapati isu ini adalah serius kerana membabitkan kesalahan orang lain dan yang menanggung pula orang lain.
“Selain itu, kita juga akan berhubung dengan Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meminta bantuan untuk menjejaki di mana lelaki ini.
“Saya juga ingin menasihatkan kepada umum supaya lebih berhati-hati dengan sebarang urusan membabitkan hak bersama kerana berisiko untuk jadi seperti ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya akan membantu Ali dan anaknya untuk menjadualkan semula pembayaran pinjaman dengan along berdasarkan keperluan kes.
Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati, lelaki berkenaan meminjam dengan tujuh along berjumlah lebih RM600,000.
“Kita akan berhubung dengan along ini dan menjadualkan semula pembayaran kerana jumlah yang agak tinggi dan mereka juga tidak mempunyai pendapatan pada waktu ini,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106169#sthash.LURLa6fn.dpuf
0 Response to "'Budi dan harta merangkum noda'"
Post a Comment