Anak Syurga
Bismillah…di saatUncle
Yietulis nih, baby wafi dah selamat disemadikan. Alhamdulillah, syukur kepada
Allahserta salam ke atas Rasulullah atas peluang untuk Uncle Yie dan rakan rakan
dapat kenal wafi walaupun seketika.
Uncle Yie tak tahu kenapa,
sebelum Wafi lahir lagi. Uncle Yie cukup kagum dengan semangat dan pengorbanan
ibu dan ayah Wafi. Masih ingat lagi, sebelum Wafi lahir, due date dah esok hari.
Ibu Wafi masih lagi mengagahkan diri membantu ayah Wafi mencari rezeki. Uncle
Yie tengok je dari jauh. Besar sungguh pengorbanan ibu Wafi. Tak sama macam ibu
ibu lain, ibu wafi orangnya hebat, beruntunglah ayah wafi dapat seorang isteri
yang taat dan solehah. Sanggup bersusah payah disisi suami
tercinta.
Dari saat itu, uncle yie
mula merasa kagum dengan ibu dan ayah wafi. Dari situ lah, kami kenal. Lama
kelamaan kami jadi rapat. Disamping kawan kawan lain disisi. Entah kenapa, kami
baru sahaja kenal, tapi kami rasa macam dah lama kenal dan kami rasa mcm adik
beradik. Alhamdulillah, tidak lama lepas tuh, wafi selamat dilahirkan ke dunia
nih. Ibu dan Ayah wafi gembira sangat masa tuh. Anak sulung
pertama…
Ayah wafi rajin orangnya.
Sangat rajin, semangat dia tak pernah putus. Dia berusaha siang dan malam
mencari rezeki untuk wafi dan ibu. Kadang-kala kesian uncle tengok, dalam hati
duk fikir.. Macamana aku nak bantu ayah wafi nih. Sebab ayah wafi nih memang tak
pernah suka menyusahkan orang lain. Dia akan cuba sedaya upaya dia sendiri. Dia
tak mahu susahkan orang lain. Semangat dia tuh buat uncle yie makin nak rapat
dengan ayah wafi nih.
Satu petang tuh, uncle yie
dan uncle jak bercadang nak belikan hadiah untuk wafi dan ibu. Sebab uncle yie
tahu, tentu ayah wafi suka sangat. 1 jam lebih kami kat baby store tuh. Nak
pilih hadiah untuk wafi dan ibu. Pening jugak nak beli hadiah baby nih ye. Ayah
wafi ada berhajat nak beli sesuatu untuk wafi, tapi mungkin menunggu masa yang
sesuai. Walauapapun alhamdulillah…bila bagi kat ayah wafi malam tuh, nampak dia
suka sangat. Siap ambik gambar wafi sebelah hadiah besar gedebak tuh. Hilang
segala penat lelah dia malam tuh. Kami pun gembira bila dapat tengok ibu dan
ayah wafi gembira. Tak putus putus dia cakap alhamdulillah, rezeki anak rezeki
anak…
Alhamdulillah, uncle yie
dapat peluang jadi tetamu Allah kali nih, dah lama uncle yie doa nak pergi ke
tanah haram tuh. Uncle yie semangat gila masa tuh. Ayah wafi kirimkan doa untuk
wafi dan keluarga wafi. Kalau boleh dia nak mintak tolong belikan jubah atau
baju untuk wafi kat sana. Bila sampai kat sana, benda yang mula mula uncle yie
cari ialah jubah dan baju untuk wafi. Uncle yie beli saiz besar sikit sebab nak
tengok wafi pakai bila wafi belajar berjalan nanti. Mesti hensem macam orang
arab. Ayah wafi happy sangat bila dapat hadiah tuh. Dia simpan katanya. Tunggu
wafi besar sikit
Bila
wafi masuk hospital jumaat tuh, kami semua terkejut. Kenapa? Apa yg berlaku.
Semua orang risaukan wafi. Ayah dan ibu wafi tak putus putus doakan kesihatan
wafi. Kesian kami tengok ibu dan ayah wafi, sedih sangat diorang masa tuh.. Bila
dapat tahu wafi kena bedah ahad tuh, satu malaysia doakan wafi masa tuh. Ya
Allah, masa tuh uncle yie tersedar. Wafi nih “ANAK BERTUAH”. Umur wafi masa tuh
baru 2 bulan lebih, tapi wafi dah berjaya satukan orang ramai untuk doa kepada
Allah memohon agar wafi cepat sembuh.
Besar sungguh keagungan-Mu
ya Allah. Keluarga wafi, rakan rakan ibu dan ayah wafi tak putus putus datang
membantu dalam segala perkara. Ayah wafi ada bagitahu, seorang hamba Allah entah
dari mana, menawarkan diri untuk menanggung segala kos rawatan wafi. Semoga
Allah merahmati beliau dan keluarganya insya-Allah. Wafi BERTUAH sangat. Detik
tuh juga, uncle yie tersedar, kenapa aku sayang sangat budak nih? Aku tak pernah
peluk, aku tak pernah cium, aku hanya sempat memegang jarinya sahaja…Persoalan
nih semua terjawab bila ayah wafi tarik dan paksa uncle yie masuk dalam ICU dan
lihat sendiri keadaan wafi.
Masa tuh wafi baru lepas
pembedahan, wayar penuh di badan wafi.. Ya Allah…Aku dahulu pernah berada dalam
keadaan seperti anak kecil ini. 2008, 8 tahun yang lalu. Disaat dimana uncle yie
kemalangan dan terpaksa melakukan pembedahan dikepala. Dari saat itu, uncle yie
setiap hari mencari apakah makna aku hidup hari ini? Kenapa tuhan tidak mencabut
nyawaku saat itu? Sedangkan doktor memberitahu bahawa peluangku pada waktu itu
hanyalah 50-50…Nah, ini dia jawapan dari-Nya. Anak kecil ini berada dalam
kesukaran dan kepayahan sama sepertimu dahulu. Maka nikmat apakah lagi yang
ingin kau dustakan?
Dari detik itu, sebab dan
tujuan hidup uncle yie makin jelas. Uncle yie tahu apakah ertinya hidup. Dari
saat itu, uncle yie dan kawan kawan tak henti-henti mendoakan wafi dan membantu
ibu dan ayah wafi sedaya mungkin. Dengan harapan agar wafi dapat sembuh dan
melihat sendiri pengorbanan yang dilakukan oleh semua orang untuk wafi. Wafi
anak bertuah…
Namun Allah itu
sebaik-baik perancang. Pagi tadi, wafi dijemput oleh-Nya pulang…Ya Allah,
menitis air mata saat mendengar perkhabaran itu. Wafi lebih beruntung dari uncle
yie. Wafi suci, wafi dah menjadi ANAK SYURGA…beruntunglah ibu dan ayah wafi,
beruntunglah mereka mendapat nikmat dan rahmat disebalik ujian ini. Berehatlah
wafi, tenang dan damailah kau disana duhai anak.. Semoga Allah merahmatimu dan
keluargamu senantiasa.. Terima kasih kerana sudi hadir dan membawa seribu satu
pengajaran bagi diriku.
Salam sayang dariku buatmu
ANAK SYURGA. – NMA.
0 Response to "CORETAN KHAS KISAH SAYU BAYI USIA 2 BULAN BERTARUNG NYAWA DI ICU INI PASTI BUAT ANDA RASA SAYU"
Post a Comment