IMAM TERBAIK! BUKA PINTU MASJID DEMI KUCING YANG KESEJUKAN

ISTANBUL – Seorang imam masjid di Turki dipuji ramai dan menjadi terkenal menerusi media sosial kerana sering buka pintu masjid untuk membenarkan kucing jalanan masuk dan berlindung daripada musim sejuk.

Menurut laporan akhbar tempatan, Daily Sabah, Mustafa Efe, imam Masjid Aziz Mahmud Hüdayi di daerah üsküdar, terkenal bukan sahaja sebagai seorang rajin dan gemar berjenaka, tetapi juga sayang dengan kucing.
Imam tersebut malah memuat naik banyak gambar menunjukkan pelbagai kucing itu melalui laman Facebooknya, yang antaranya menunjukkan beberapa ekor kucing berada di dewan solat, dan beliau sendiri mengusap kucing.
Gambar-gambar itu sudah tersebar luas di seluruh dunia dan menerima banyak pujian khasnya daripada pencinta kucing antarabangsa, dengan seorang pengguna Facebook tempatan, Rachel Mellor, turut menulis komen.
imam-cat-2-data
imam-cat-4-data
imam-cat-6-data
imam-cat-5-data
imam-cat-7-data
imam-cat-8-data
“Belas ihsan yang sungguh luar biasa. Semoga Tuhan memberkati anda dan semua rakan anda yang membuka hati anda kepada haiwan-haiwan ini iaitu bintang comel kesayangan baginda Rasulullah SAW sendiri,” kata Rachel.
Beberapa netizen juga memuat naik gambar kucing ‘berlindung’ di masjid itu, termasuk gambar kucing bermain dengan tasbih dan kucing yang duduk diam dalam kalangan jemaah yang sedang khusyuk menunaikan solat.
Mustafa turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan seekor kucing betina sibuk menggendong empat ekor anak mamalia itu dengan mulutnya sambil berlari laju masuk ke dalam masjid tersebut.

Beliau menulis: “Inilah tetamu masjid kami pada hari Jumaat, satu kejutan semasa khutbah hari ini. Anak-anak kucing ini sudah menemui nadi kasih sayang dan belas kasihan.”

0 Response to "IMAM TERBAIK! BUKA PINTU MASJID DEMI KUCING YANG KESEJUKAN"

Post a Comment