
Nama Caliph Buskers menjadi bualan hangat sejak mereka muncul dalam Anugerah Juara Lagu ke 29, tahun lepas
Menggantikan kumpulan Mojo menyanyikan lagu Roman Cinta di pentas AJL, sejak dari itu Caliph Buskers telah mengumpul ribuan peminat di seluruh negara.
Tahun ini Caliph Buskers sekali lagi ke pentas AJL30 dengan mempertaruhkan lagu Hanya Namamu.
Apa cerita sebenar?
Kami pun tak tahu. Kalau ada yang sudi, kongsi dengan kami ye.
SIAPA CALIPH BUSKERS?

Rata-rata masyarakat
Malaysia meluahkan perasaan kagum akan bakat kumpulan musik orang kurang upaya
(OKU) ini hingga nama Caliph Buskers mula meniti di bibir-bibir peminat hiburan
dan menjadi viral di media sosial.
Sementara itu, pastinya
vokalis Caliph Buskers yang menyanyikan lagu Roman Cinta dalam pertandingan
AJL29 semalam dibongkar dan digali kisahnya gara-gara ramai yang ingin
mengetahui lebih lanjut perihal insan teristimewa ini.
Menurut sumber tertentu,
vokalis yang bernama Azmi Saat ini merupakan seorang anak peneroka Felda
Tenggaroh 3, Mersing, Johor.

Malah, gambar Azmi sedang mendukung anak kecil bersama seorang wanita yang dipercayai keluarganya turut dikongsi di media sosial.Dan wanita tersebut adalah isteri dan anaknya,Isterinnya juga cacat penglihatan.
Seperti diketahui umum,
beliau yang bersama Caliph Buskers sering kali membuat persembahan jalanan
berdekatan Jalan Tengku Abdul Rahman (Jalan Tar), KlCC dan beberapa kawasan
pusat tumpuan awam di Kuala Lumpur.
Meskipun mempunyai
kekurangan diri kerana tidak mampu melihat, ramai yang mengakui penyanyi lelaki
itu mempunyai anugerah tidak ternilai kerana suara yang dimiliki amatlah luar
biasa hingga membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya meremang bulu roma
kerana terpegun.
Kesungguhan persembahan
yang dibawa semalam jelas membuktikan vokalis dan kumpulannya Caliph Buskers
mampu mengorak langkah maju dalam industri hiburan.
0 Response to "KISAH SAYU CALIPH BUSKERS CARI TEKSI KE AJL30 JADI VIRAL"
Post a Comment