DALAM satu posting di akaun Facebook miliknya, seorang doktor muda berbangsa India menceritakan bagaimana beliau dilemparkan penghinaan berbaur perkauman ketika cuba membantu seorang lelaki warga emas yang telibat dalam kemalangan.
Menerusi perkongsian
pada 30 Disember 2015 itu, Dr Shalini Paramaswaran memberitahu beliau sedang
memandu pulang apabila terlihat seorang pakcik jatuh dari motosikal yang
ditungganginya ketika cuba membuat U-turn.
Beliau bergegas untuk
membantu dan mendapati kaki kanan warga emas tersebut cedera dengan tulang
tersembul. Mangsa turut didengar memberitahu bahawa dia tidak dapat merasa
apa-apa pada bahagian kakinya.
Dr Shalini kemudiannya
memperkenalkan diri sebelum cuba membantu tetapi respon diterima amat
mengejutkan.
“Aku tak nak
*eling datang dekat aku ke, tolong aku.. banyak orang lain boleh
tolong..” kata lelaki berkenaan.
‘Keling’ merupakan satu
istilah yang menghina, merujuk kepada seseorang berasal dari India.
Orang ramai kemudian
meminta Dr Shalini ke tepi dan meninggalkan lelaki tersebut.
Walaupun terkejut Dr
Shalini segera memanggil ambulans. Apabila unit perubatan tiba, beliau
memberitahu paramedik kecederaan yang dialami mangsa.
Selepas memastikan lelaki
tersebut mendapat rawatan awal, Dr Shalini bergerak meninggalkan tempat kejadian
sebelum berpaling selepas mendengar paramedik memanggil namanya dan bertanya
jika beliau sudah menyentuh mangsa kemalangan tersebut.
Selepas memberitahu TIDAK
kerana mangsa enggan disentuh, pakcik itu tiba-tiba berwajah manis memandang
beliau lalu berkata, “Saya tak tahu awak doktor.. doktor boleh
sentuh”.
Mendengar ayat tersebut Dr
Shalini tak tahu apa perlu dikatakan. Perasaannya digambarkan dengan ayat di
bawah:
“Sebelum mengetahui saya
seorang doktor, saya adalah seorang ‘Keling’ yang menjijikkan, tidak boleh
sentuh dia. Tapi selepas tahu saya doktor, baru diberikan senyuman dan kata-kata
maaf..”
Ini antara contoh insiden
menyedihkan melibatkan perbuatan rasis.
Namun Dr Shalini harus
dipuji kerana meskipun perasaannya dicalar beliau tetap menunaikan tanggung
jawab sebagai doktor dan manusia.
Sikapnya itu dipuji ramai
netizen yang pada masa sama, kesal dengan sikap pakcik berkenaan.
Kepada semua di luar sana,
janganlah menghina seseorang lain disebabkan perbezaan antara kita, tidak ada
agama yang membenarkan umatnya berbuat demikian.
Ingatlah, berikan layanan
kepada orang lain sebagaimana kita mahu dilayan orang kerana dunia ini
‘bulat’.
0 Response to "LUAHAN DOKTOR KECEWA DIHINA 'K#LING' KETIKA MAHU BANTU PESAKIT"
Post a Comment